Home Ekonomi Bank Rakyat bayar dividen istimewa 2% mulai 28 September
Ekonomi

Bank Rakyat bayar dividen istimewa 2% mulai 28 September

Bank Rakyat bayar dividen istimewa 2% mulai 28 September

Bank Rakyat akan mengagihkan dividen istimewa sebanyak dua peratus kepada 784,487 ahlinya berjumlah RM56.6 juta sempena ulang tahun ke-70, Sabtu ini.

PETALING JAYA: Bank Rakyat akan membayar dividen istimewa sebanyak dua peratus sempena ulang tahunnya ke-70 mulai 28 September 2024 dengan jumlah sebanyak RM56.6 juta kepada 784,487 anggota. 

Menurut kenyataanya, pembayaran dividen istimewa ini mencerminkan komitmen Bank Rakyat untuk terus memberikan pulangan yang kompetitif kepada anggota.

Katanya, ini juga menandakan pencapaiannya yang terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi masyarakat sebagai salah satu institusi kewangan Islam terbesar serta bank koperasi Islam terbesar di Malaysia. 

“Bank Rakyat komited untuk mengekalkan prestasi pertumbuhan yang baik dan kekal relevan saban tahun dipacu oleh pelaksanaan pendekatan baharu berlandaskan pelan perniagaan dan pelan strategik jangka panjang. 

“Ini termasuk dalam memanfaatkan potensi yang boleh diteroka dalam perniagaan dan operasi melalui transformasi digital bagi mewujudkan nilai jangka panjang untuk anggota dan pelanggan.

“Dividen ini bukan sahaja merupakan tambahan kepada pendapatan anggota tetapi juga membantu mencapai matlamat kewangan peribadi mereka, sama ada untuk simpanan, pelaburan atau perbelanjaan harian,” katanya di sini hari ini.

Pada 5 April lalu, Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen Bank Rakyat bagi tahun kewangan 2023 sebanyak 15 peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM424.62 juta. 

Ini termasuk pengumuman dividen istimewa sebanyak dua peratus bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-70.

Selain itu, Kumpulan Bank Rakyat turut merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 sebanyak RM1.76 bilion, berbanding RM1.70 bilion pada tahun sebelumnya, peningkatan sebanyak 3.8 peratus atau RM64.48 juta.-UTUSAN

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...