Saturday , 23 November 2024
Home Politik 50,000 sokong hak ibu warga Malaysia turunkan kewarganegaraan anak lahir luar negara
Politik

50,000 sokong hak ibu warga Malaysia turunkan kewarganegaraan anak lahir luar negara

NANCY Syukri mengadakan pertemuan dengan Family Frontiers dan Rangkaian Ibu-Ibu Warga Malaysia di Putrajaya.

PUTRAJAYA: Lebih 50,000 rakyat Malaysia menyokong hak sama rata bagi ibu-ibu warga Malaysia untuk menurunkan kewarganegaraan mereka kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

Perkara itu disuarakan melalui petisyen daripada Family Frontiers dan Rangkaian Ibu-Ibu Warga Malaysia dalam satu pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Dalam kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu, petisyen berkenaaan bagi pembelaan dan permohonan penyelesaian nasib ibu-ibu warga Malaysia dan hak kewarganegaraan bagi anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

“Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil inisiatif untuk mempercepatkan pindaan Perlembagaan yang berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan.

“Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 dibentangkan bagi Bacaan Pertama di Dewan Rakyat pada 25 Mac dan Bacaan Kedua pada 27 Mac lalu.

“Perbahasan dan Bacaan Ketiga bagi RUU ini akan diteruskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas 2024 yang dijadualkan bermula pada 14 Oktober hingga 12 Disember depan,” katanya.

Menurut KPWKM, pada asasnya, RUU itu  dirangka bertujuan supaya peruntukan berkaitan kewarganegaraan di dalam Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dilihat tampak relevan.

Pada masa sama, ia signifikan dengan perubahan demografi penduduk, aspek sosial, politik dan ekonomi dalam dunia globalisasi dan tidak hanya bersifat retorik.

Pewujudan RUU ini pada hakikatnya tercetus daripada saranan dan aspirasi semua pihak berkepentingan semasa sesi libat urus yang dibuat KDN sebelum ini.

“Langkah tersebut dibuat kerana pendekatan kerajaan hari ini adalah untuk memastikan setiap cadangan dan keputusan yang dipersetujui memiliki asas yang kukuh, jitu serta hala tuju jelas demi kemaslahatan generasi sekarang dan masa depan mereka kelak.

“KPWKM komited memastikan kesejahteraan wanita dan ibu-ibu di negara ini dan akan sentiasa membantu membawa suara mereka dalam apa sahaja isu untuk perhatian dan penyelesaian sewajarnya kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...