Friday , 27 September 2024
Home Politik PRN Sabah boleh diadakan lebih awal – Hajiji
Politik

PRN Sabah boleh diadakan lebih awal – Hajiji

HAJIJI Noor (lima dari kiri) semasa perasmian Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Pitas, Sabah, hari ini.

PITAS: Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) boleh diadakan lebih awal sebelum tamat tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sekarang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, PRN17 boleh diadakan lebih awal jika beliau memutuskan untuk mengadakannya sebelum DUN tamat tempoh.

“PRN akan datang paling akhir pada Oktober tahun depan. Jadi, saya fikirlah bila kita akan adakan PRN. Kalau saya fikir awal, maka awal lah, kerana itu kita kena bersiap sedia dari sekarang,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Pitas di Dewan Majlis Daerah Pitas, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Presiden Gagasan Rakyat meminta rakyat Sabah tidak terpengaruh dengan pihak lawan yang ketika ini giat melakukan jelajah menyampaikan ceramah di seluruh negeri.

Katanya, beliau diserang siang dan malam dengan pelbagai fitnah dan cerita tidak benar namun fakta menunjukkan kerajaan pimpinannya melakukan yang terbaik berpandukan hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang digariskan.

Katanya, masalah air di Sabah menjadi bertambah buruk ketika ini susulan tindakan kerajaan sebelum ini menamatkan konsesi syarikat yang mengurus operasi loji rawatan air (LRA) di seluruh Sabah.

Menurut, penamatan konsesi sembilan syarikat kontraktor yang dilantik oleh kerajaan terdahulu bukan sahaja menyebabkan kerajaan negeri disaman dan terpaksa membayar pampasan, malah menjejaskan pengurusan bekalan air sedia ada. – UTUSAN

Related Articles

Politik

50,000 sokong hak ibu warga Malaysia turunkan kewarganegaraan anak lahir luar negara

NANCY Syukri mengadakan pertemuan dengan Family Frontiers dan Rangkaian Ibu-Ibu Warga Malaysia...

Politik

Malaysia gesa UNSC bertindak segera hentikan serangan kejam Israel di Palestin, Lubnan

Gambar yang diambil pada 24 September 2024, menunjukkan serpihan dan kemusnahan di...

Politik

‘Tiba masa wujudkan Kerajaan Perpaduan di Johor’

38 permit kempen ceramah dan kempen bergerak dikeluarkan pada Pilihan Raya Kecil...

Politik

Pemilihan Bersatu: Belum bertanding sudah kena cantas

SHAH ALAM: Pemilihan Parti Bersatu bagi sesi 2024 – 2027 didakwa berat...