Friday , 27 September 2024
Home Perniagaan KWSP sasar peratusan lebih tinggi untuk simpanan asas
Perniagaan

KWSP sasar peratusan lebih tinggi untuk simpanan asas

Foto RTM

GEORGE TOWN, 26 September – Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) mensasarkan jumlah peratusan lebih tinggi bagi \’Simpanan Asas\’ pencarum, berbanding hanya 29 peratus ketika ini.

Ia terutama dalam kalangan pekerja sektor swasta dan pekerja sektor tidak formal.

Pengarah KWSP Wilayah Utara, Jeffary Mohamed Isa menjelaskan, keperluan memiliki \’Simpanan Asas\’ yang signifikan iaitu pada RM240,000, berupaya menjamin sara hidup pesara selepas tempoh 20 tahun persaraan.

\’\’Dengan kadar yang kita bagi untuk 240 bulan, ini hanya kadar cukup untuk RM1,000 sahaja sebulan kegunaan harian.\’\’ katanya.

Bagi menggalakkan peningkatan itu pelbagai inisiatif dilaksanakan.

Ini termasuk kempen kesedaran menggunakan \”mobile truck\” dan insentif 15 peratus kepada sektor swasta dengan tawaran maksimum RM100,000 jumlah caruman setahun.

Dalam pada itu, pencarum turut digalakkan membuat penukaran daripada akaun konvensional kepada akaun i-syariah KWSP.

Selain patuh Syariah, kaedah berkenaan menawarkan pulangan dividen lebih tinggi tanpa syubhah.

I-Syariah turut terbuka kepada pencarum bukan Islam.

Beliau bercakap dalam sidang media di George Town.

Related Articles

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...

Perniagaan

Ringgit mengukuh susulan penurunan kadar AS, prospek positif ekonomi Malaysia

Foto hiasan/RTMKUALA LUMPUR, 25 Sept -Ringgit meningkat dengankukuhberbanding dolar AS, terutamanya sejak...

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...