Friday , 27 September 2024
Home Nasional Kerajaan tegas laksana penyasaran subsidi diesel meskipun dikritik
Nasional

Kerajaan tegas laksana penyasaran subsidi diesel meskipun dikritik

Kerajaan tegas laksana penyasaran subsidi diesel meskipun dikritik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 September- Kerajaan perlu mengambil langkah yang praktikal termasuk penyasaran subsidi diesel walaupun menerima kritikan, kata Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata penyasaran subsidi diesel telah berjaya meningkatkan keyakinanpelabur, kestabilan dalam pasaran saham dan memperkukuhkan pelaksanaan Akta Tanggungjawab Fiskal negara.

\”Langkah ini telah memberi impak positif kepada pasaran setelah kita melaksanakan penyasaran subsidi diesel, harga diesel telah turun sebanyak 40 sen.

“Ini memberikan keyakinan kepada pelabur dan menunjukkan komitmen kita terhadap reformasi ekonomi yang lebih kukuh,” katanya pada majlis Forum Ilmuan Malaysia MADANIdi sini semalam.

Anwar turut menjelaskan bahawa pelaksanaan subsidi yang tidak disasarkan dengan betul akan membebankan kewangan negara, terutamanya apabila subsidi turut dinikmati oleh golongan kaya yang sepatutnya mampu membayar pada harga yang lebih tinggi.

“Orang kaya mampu membayar RM100,000 untuk pendidikan anak mereka di universiti-universiti swasta, tetapi tidak mampu membayar RM10,000 di universiti-universiti awam. Inisesuatu yang perlu kita ubah.

“Begitu juga di hospital-hospital kerajaan, apabila mereka (orang kaya) menikmati kemudahan kelas pertama dengan hanya membayar pada harga minimum,” jelas beliau.

Anwar turut membandingkan situasi ini dengan kegagalan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di United Kingdom, yang mana subsidi besar-besaran kepada semua lapisan masyarakat akhirnya menjadi tidak mampan.

“Malaysia memiliki asas percukaian yang paling rendah di Asiadan ini menjadi cabaran besar apabila kerajaan perlu membuat keputusan yang praktikal dalam melaksanakan reformasi, termasuk dalam aspek subsidi,” tambah Perdana Menteri. -BERNAMA

Related Articles

Petronas obtains licence to explore oil, gas in Abu Dhabi
Nasional

Petronas obtains licence to explore oil, gas in Abu Dhabi

Malaysia\’s landmark Petronas Twin Towers (C) are pictured with others commercial buildings...

Kerajaan komited perkasa usahawan baharu PKS
Nasional

Kerajaan komited perkasa usahawan baharu PKS

Ewon BenedickKUALA LUMPUR, 27 September- Kerajaan komited menyokong segala usaha membangunkan usahawan...

Banjir di Kedah semakin surut
Nasional

Banjir di Kedah semakin surut

Foto BERNAMA ALOR SETAR, 27 September- Jumlah penduduk terjejas banjir di pusat...

Penganjur cadang perluas STEM Camp@Sintok ke peringkat kebangsaan
Nasional

Penganjur cadang perluas STEM Camp@Sintok ke peringkat kebangsaan

Usaha memperkasa pendidikan STEM merupakan satu usaha berterusan bagi mempersiapkan generasi muda...