Sunday , 29 December 2024
Home Ekonomi SDAC lancar Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas
Ekonomi

SDAC lancar Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas

SDAC lancar Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas

MODEL edisi khas ini dijual pada harga bermula RM143,888.

PETALING JAYA: Sime Darby Auto Connexion (SDAC), melancarkan Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas dengan hanya 300 unit ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM143,888 di atas jalan raya tanpa insurans di Semenanjung Malaysia.

Model yang dijual pada harga RM149,388 di Sabah dan RM149,388 di Sarawak itu boleh didapati dalam dua kombinasi warna, hitam Absolute dan kelabu Meteor dengan melambangkan sebuah kenderaan lasak dengan perincian mewah. 

Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, Ranger XLT Plus Edisi Khas mencerminkan komitmen Ford kepada inovasi dan kualiti. 

“Trak ini direka khas untuk pemandu arif yang mendambakan prestasi, gaya dan fungsi terbaik. 

“Kenderaan ini akan terus mengukuhkan kedudukan kami sebagai pelopor dalam segmen trak pikap Malaysia dan menekankan usaha konsisten untuk menambah baik pengalaman keseluruhan jenama,bagi para pelanggan.” 

Beliau berkata, Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas dipacu oleh enjin diesel dwi-turbo 2.0L yang menghasilkan 210 PS dan 500 Nm tork. 

“Enjin ini digandingkan dengan transmisi automatik berkelajuan 10, menghasilkan pertukaran gear yang lancar dan responsif  untuk prestasi yang lebih unggul di atas jalan dan luar jalan. 

“Sistem Elektronik Tukar Sambil Bergerak Ford (ESOF) meningkatkan kebolehsuaian kenderaan, menjadikan Edisi Khas ini cukup tangkas di lebuh raya dan juga di atas permukaan yang mencabar. 

“Di bahagian dalam pula, model ini dilengkapi dengan fungsi paparan utama skrin sentuh berbilang 10.1-inci dengan Wireless Apple Carplay, Android Auto, Bluetooth dan Pengecaman Suara, dan beberapa pangkalan USB.

“Selain itu, kawalan iklim dwi zon membolehkan kedua-dua pemandu dan penumpang untuk menyesuaikan tetapan mengikut keselesaan masing-masing.,” katanya.

Ranger XLT Plus Edisi Khas dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan yang maju. 

“Antaranya adalah kawalan kestabilan elektronik (ESC), pengurangan gulingan, sistem brek aktif, edaran brek elektronik (EBD) dan sistem kawalan cengkaman (TCS) untuk memberikan pengalaman memandu di atas dan luar jalan yang selamat.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Thailand, Malaysia sasar perdagangan US$30 bilion menjelang 2027

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 28 Disember – Malaysia dan Thailand mengukuhkan hubungan bilateral...

Ekonomi

Khazanah umum pelaburan RM1 bilion, sokong teknologi IR4.0 dan PKS

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 28 Disember – Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), melalui...

Ekonomi

Ringgit dijangka lemah semasa dagangan lengang minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 28 Disember- Ringgit dijangka menunjukkan penurunan minggu depan ketika...

Dagangan kecil niaga hadapan emas diunjur berterusan minggu depan
Ekonomi

Dagangan kecil niaga hadapan emas diunjur berterusan minggu depan

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 28 Disember – Kontrak niaga hadapan emas di...