Home Ekonomi Niaga hadapan msm ditutup tinggi susulan prestasi eksport lebih baik
Ekonomi

Niaga hadapan msm ditutup tinggi susulan prestasi eksport lebih baik

Niaga hadapan msm ditutup tinggi susulan prestasi eksport lebih baik

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 September- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan trend menaik untuk ditutup lebih tinggi selama enam hari berturut-turut pada Rabu berikutan prestasi eksport yang lebih baik, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata stok minyak sawit yang lebih rendah di Indonesia turut mendorong trend kenaikan itu.

\”Kami mengesan paras sokongan pada RM3,950 setan dan paras rintangan pada RM4,100 setan,\” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 meningkat RM51 kepada RM4,125 setan, November 2024 menokok RM54 kepada RM4,077 setan, manakala Disember 2024 bertambah RM55 kepada RM4,043 setan.

Kontrak Januari 2025 naik RM50 kepada RM4,008 setan, Februari 2025 meningkat RM43 kepada RM3,977 setan dan Mac 2025 melonjak RM42 kepada RM3,947 setan.

Jumlah dagangan bertambah kepada 91,983 lot daripada 79,823 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka susut kepada 258,665 kontrak daripada 262,180 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan meningkat RM50 kepada RM4,100 setan.- Livevartha

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...