Sunday , 17 November 2024
Home Ekonomi Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki lonjakan niaga hadapan serantau
Ekonomi

Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki lonjakan niaga hadapan serantau

Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki lonjakan niaga hadapan serantau

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 September- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu, disokog oleh peningkatan ketara dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Sentimen itu turut disokong oleh keyakinan terhadap lebih banyak rangsangan China dalam masa terdekat dan bekalan getah asli (NR) yang terhad disebabkan cuaca melampau di negara pengeluar getah utama.

\”Kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penurunan harga minyak dan pengukuhan ringgit yang berterusan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),\” katanya kepada Bernama.

Peniaga itu berkata niaga hadapan getah Jepun mencecah ke paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun pada Rabu dalam persekitaran pengguna utama China yang mengumumkan pakej rangsangan ekonominya, bagaimanapun, kenaikan itu dihadkan oleh yen yang lebih kukuh.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) naik 13 sen kepada 871 sen sekilogram, paras tertinggi baharu pada 2024 dan tertinggi sejak April 2017 manakala lateks pukal meningkat sebanyak 4.5 sen kepada 702 sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 861 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 702 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga
Ekonomi

KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin (kiri) dan Gabenor Bank Negara...

Ekonomi

Pasaran harta tanah Suku Ketiga 2024 catat peningkatan

Prestasi pasaran harta tanah pada Suku Ketiga 2024 menunjukkan perkembangan positif dengan...

Ekonomi

Kadar inflasi 2025 dijangka berpurata antara 2-3.5 peratus

Gabenor Bank Negara, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour / Foto BernamaKUALA LUMPUR,...

Ekonomi

Perbendaharaan AS gugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan rakan dagang

FOTO AFPKUALA LUMPUR, 15 November- Malaysia digugurkan daripada senarai pemantauan Jabatan Perbendaharaan...