KLUANG – Seramai 4,510 pegawai dan anggota tentera serta pasangan mereka keluar awal untuk mengundi bagi memilih wakil rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada hari mengundi awal hari ini.
Mereka mula berbaris panjang untuk memasuki Dewan Mahkota di Kem Mahkota, di sini seawal pukul 7.30 pagi walaupun pusat mengundi itu dibuka mulai 8 pagi.
Selain di Dewan Mahkota, pusat mengundi turut dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Sir Ibrahim, di situ. – UTUSAN