Thursday , 26 September 2024
Home Politik Lebih 35 peratus mengundi hingga 10 pagi
Politik

Lebih 35 peratus mengundi hingga 10 pagi

RAMLAN Harun (dua dari kiri) meninjau proses pengundian awal PRK DUN Mahkota di Kem Mahkota, Kluang.

KLUANG: Seramai 1,742 pegawai polis dan tentera serta pasangan mereka telah menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, hingga pukul 10 pagi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, jumlah itu agak tinggi berbanding waktu sama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

“Alhamdulillah hingga 10 pagi ini jumlah pengundi yang keluar adalah 35.47 peratus,  ini merupakan peratusan yang agak tinggi kalau berbanding PRU yang lepas 

“Pada pukul 10 pagi pada PRU yang lepas peratusan adalah sebanyak 18.6 peratus dan berdasarkan trend ini. Insya-Allah dengan cuaca yang baik ini kita berharap boleh mencapai lebih 90 peratus pengundi awal yg keluar mengundi kali ini,” katanya ditemui selepas melawat Pusat Pengundian Awal di Dewan Mahkota, Kem Mahkota, di sini hari ini.

Beliau menjangkakan peratusan keluar mengundi mencecah 70 peratus pada 28 September ini seperti mana pada PRK DUN Nenggiri.

“Kita juga menjangkakan lebih 70 peratus akan turun tetapi sebagaimana kita sedia maklum di setiap PRK ini memang kadar mengundi agak tinggi.

“Jadi, kita harap kadar tersebut akan tinggi pada kali ini. Kita menyeru untuk semua orang di DUN Mahkota untuk keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.

Seramai 4,911 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan pasangan berdaftar dengan SPR untuk PRK DUN Mahkota.

Daripada jumlah itu, seramai 3,865 pengundi awal berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka di lapan saluran di Dewan Mahkota, Kem Mahkota,  anakala bakinya, 645 pengundi awal dari Kem Batu 3  mengundi di dua saluran di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sir Ibrahim, di sini dan  401 warga polis termasuk menunaikan kewajipan mereka di Dewan Pengaman Zamrud, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

Semua pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi hingga 5 petang. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Azmin hanya tanding Ketua Bersatu Bahagian Gombak

MOHAMED AZMIN ALIKUALA LUMPUR: Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk...

Politik

Papar gambar pemimpin politik pada slaid khutbah Jumaat: Empat pegawai JAIM diambil tindakan

RAHMAD MARIMANMELAKA: Kerajaan negeri telah mengambil tindakan tatatertib terhadap empat pegawai Jabatan...

Politik

PRK Mahkota: Anggota tentera, pasangan datang awal mengundi

SEBAHAGIAN anggota tentera beratur menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari mengundi awal...

Politik

Pecat, tukar pegawai JAIM tindakan zalim – Pas Melaka

AHMAD BILAL RAHUDINMELAKA: Pas mengecam sekeras-kerasnya tindakan tatatertib terhadap empat pegawai Jabatan...