Sunday , 24 November 2024
Home Politik Polis siasat dakwaan sogokan undi
Politik

Polis siasat dakwaan sogokan undi

M. KUMAR (berdiri, tengah) menyaksikan proses pengundian awal di Dewan Pengaman Zamrud di IPD Kluang.

KLUANG: Polis akan menyiasat dakwaan pemberian sogokan untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Ketua Polis negeri, Datuk M. Kumar berkata, pihaknya menerima sebanyak dua laporan sepanjang tempoh berkempen pada PRK tersebut sejak 14 September lalu hingga semalam.

Katanya, siasatan itu melibatkan dakwaan wujud elemen sogokan untuk menarik undi seperti yang ditularkan menerusi media sosial.

“Siasatan kes ini masih lagi berjalan memandangkan kita juga perlu mendapatkan maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya ketika ditemui selepas meninjau proses pengundian awal dalam kalangan anggota polis di Dewan Pengaman Zamrud di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD, Kluang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kumar berkata, pihak turut menerima sebanyak 96 permohonan permit untuk kempen PRK DUN Mahkota, iaitu masing-masing 27 untuk mengadakan ceramah, siar raya (42) dan ‘walkabout’  (27) dengan kesemuanya diberikan kelulusan.

Katanya, bagi proses pengundian awal hari ini, seramai 810 pegawai dan anggota telah ditugaskan bagi memastikan kelancarannya.

Sementara itu, Kumar memberitahu, perjalanan kempen PRK DUN Mahkota setakat ini berlangsung lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Ini menunjukkan kematangan Bangsa Johor dan kita menasihatkan semua pihak terus memberikan kerjasama penuh dalam memastikan kelancaran PRK ini selain memastikan proses demokrasi tidak diganggu-gugat,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...