Home Ekonomi Pertumbuhan KDNK Asia Tenggara diunjur 4.5 peratus
Ekonomi

Pertumbuhan KDNK Asia Tenggara diunjur 4.5 peratus

Pertumbuhan KDNK Asia Tenggara diunjur 4.5 peratus

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 25 September- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Asia Tenggara diunjurkan kepada 4.5 peratus tahun ini.

Bank Pembangunan Asia (ADB) menyemak semula unjuran itu turun daripada sasaran 4.6 peratus pada April, didorong faktor cabaran ekonomi yang berterusan.

Laporan Tinjauan Pembangunan Asia terkini menyatakan, pertumbuhan lebih lemah di Myanmar, Thailand dan Timor-Leste mempengaruhi unjuran baharu itu.

Malaysia, Brunei, Kemboja dan beberapa negara lain kekal di landasan tepat untuk mencapai unjuran pertumbuhan tahun ini dan disokong permintaan dalam dan luar negeri yang kukuh.

ADB mengekalkan unjuran pada 4.7 peratus pada tahun hadapan, mencerminkan keyakinan berhati-hati terhadap pemulihan ekonomi rantau ini.

\”Peningkatan pelaburan, pemulihan pelancongan berterusan dan lonjakan dalam eksport elektronik akan menyokong pertumbuhan serantau tahun ini dan akan datang.\” menerusi laporan ADB.

Inflasi yang menyederhana mengikut julat sasaran bank pusat dalam kebanyakan ekonomi, telah menyokong pertumbuhan.

Namun, ketegangan geopolitik yang meningkat boleh menjadi risiko kepada perdagangan global dan mengganggu momentum pertumbuhan di seluruh rantau ini.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...