Home Ekonomi Maybank IB kekalkan ramalan inflasi pada dua peratus
Ekonomi

Maybank IB kekalkan ramalan inflasi pada dua peratus

Maybank IB kekalkan ramalan inflasi pada dua peratus

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 September – Maybank Investment Bank Berhad (Maybank IB) kekalkan ramalan inflasi tahun ini pada dua peratus.

Unjuran itu berasaskan kesan inflasi sederhana daripada pelarasan cukai perkhidmatan dan rasionalisasi subsidi.

Ramalan itu juga berdasarkan andaian penangguhan rasionalisasi subsidi petrol RON95 dan pengekalan harganya pada 2 ringgit 5 sen seliter, sepanjang tahun ini.

Firma pelaburan berkenaan turut menjangkakan, inflasi bagi tahun hadapan berada pada julat 2.5 peratus hingga tiga peratus.

Ia dipengaruhi ketidakpastian mengenai rasionalisasi subsidi RON95 selain kuantum dan kaedah pelaksanaannya, yang dijangka akan berlaku tahun hadapan.

Ogos lalu, kadar inflasi Malaysiamereda kepada 1.9 peratus, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) mencecah 133.2 mata, berbanding 130.7 mata pada tempoh sama tahun lepas.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...