Home Ekonomi ALR, PayNet lancar Kempen Sentuhan Ikhlas bantu keluarga B40
Ekonomi

ALR, PayNet lancar Kempen Sentuhan Ikhlas bantu keluarga B40

ALR, PayNet lancar Kempen Sentuhan Ikhlas bantu keluarga B40

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALR, Sazally Saidi / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 September – Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) dan Payments Network Malaysia (PayNet) bekerjasama melalui Kempen Sentuhan Ikhlas untuk membantu keluarga dalam kategori B40.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALR, Sazally Saidi berkata pengguna Lebuhraya KESAS, LDP, SMART, dan SPRINT kini boleh membuat sumbangan dengan mudah melalui 152 lorong tol MyDebit sebagai usaha meringankan beban golongan yang memerlukan.

\”Ini adalah inisiatif perintis kami bersama PayNet. Matlamat kami adalah untuk mencapai lima juta sumbangan ikhlas dalam tempoh dua bulan,\” katanya.

Kempen tersebut menyasarkan untuk mengumpul RM500,000 yang akan disalurkan kepada Yayasan MyKasih.

Dana tersebut akan diagihkan secara berperingkat kepada 1,000 keluarga terpilih setelah mencapai nilai transaksi yang ditetapkan.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...