Tuesday , 24 September 2024
Home Nasional 23 rakyat Malaysia di Lubnan selamat
Nasional

23 rakyat Malaysia di Lubnan selamat

23 rakyat Malaysia di Lubnan selamat

Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat atau kembali ke Malaysia secara sukarela/Foto AFP

PUTRAJAYA, 23 September – Seramai 23 rakyat Malaysia yang berada di Lubnan dilaporkan selamat, menurut Kementerian Luar Negeri hari ini.

Wisma Putra menerusi kenyataan hari ini berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Beirut sedang memantau perkembangan terkini di Lubnan susulan serangan di Beirut.

\”Kedutaan Besar Malaysia di Beirut sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia di Lubnan.

\”Berdasarkan rekod Kedutaan, terdapat 23 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan, dan semuanya dilaporkan dalam keadaan selamat,\” katanya.

Tambahnya, keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang menetap di Lubnan kekal menjadi keutamaan kementerian.

Justeru, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat atau kembali ke Malaysia secara sukarela sekiranya terdapat risiko ke atas keselamatan mereka.

“Kementerian ini juga ingin menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke Lubnan berikutan keadaan yang tidak menentu di negara tersebut,” katanya.

Wisma Putra berkata, pihak kedutaan juga sentiasa berkomunikasi dengan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang berkhidmat dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) untuk memastikan keselamatan pasukan pengaman terbabit.

Related Articles

Gara-gara telefon, kereta rempuh kedai
Nasional

Gara-gara telefon, kereta rempuh kedai

Tangkap layar video ihsan orang awam yang menunjukkan sebahagian kedai musnah selepas...

Banjir di Kedah, Perak: 6,833 penduduk terjejas banjir direkodkan
Nasional

Banjir di Kedah, Perak: 6,833 penduduk terjejas banjir direkodkan

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 24 September – Sebanyak 6,833 penduduk terjejas banjir...

Akta 852 beri perlindungan kepada masyarakat terutama kanak-kanak
Nasional

Akta 852 beri perlindungan kepada masyarakat terutama kanak-kanak

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 23 September – Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan...

Op Global: Polis buka kertas siasatan kes ugut Mufti Perlis
Nasional

Op Global: Polis buka kertas siasatan kes ugut Mufti Perlis

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin / Foto BERNAMA KUALA...