Home Nasional Gara-gara telefon, kereta rempuh kedai
Nasional

Gara-gara telefon, kereta rempuh kedai

Gara-gara telefon, kereta rempuh kedai

Tangkap layar video ihsan orang awam yang menunjukkan sebahagian kedai musnah selepas dirempuh kereta

LANGKAWI, 24 September- Gara-gara mahu mengambil telefon yang terjatuh di bahagian kaki, seorang lelaki merempuh lot kedai di laluan pejalan kaki di Jalan Pantai Chenang, Langkawi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashaari menerusi kenyataan menyebut dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam, seorang lelaki tempatan berumur 23 tahun itu pada mulanya cuba mengambil telefon bimbit yang terjatuh di bahagian kaki.

Namun mangsa tertekan pedal minyak sehingga merempuh lot kedai di tepi jalan.

Kes disiasat bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....