Home Ekonomi Belanjawan 2025: KPK kemuka cadangan untuk perkasa industri sawit
Ekonomi

Belanjawan 2025: KPK kemuka cadangan untuk perkasa industri sawit

Belanjawan 2025: KPK kemuka cadangan untuk perkasa industri sawit

Komoditi sawit antara eksport utama Malaysia

PUTRAJAYA, 23 September – Semakan semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit dan peruntukan tambahan bagi tujuan penanaman semula komoditi itu, antara cadangan utama yang dikemukakan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2025.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata dua cadangan itu penting bagi memperkasakan industri sawit yang menjadi antara eksport utama negara.

\”WPL perlu disemak semula supaya harga minyak sawit negara kompetitif dengan negara pengeluar lain dan ia adalah perkara utama yang diminta oleh pemain industri sawit,\” katanya yang ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Industri Sawit Malaysia (AISM) 2023/2024 di sini hari ini.

Mengenai cadangan peruntukan tambahan bagi tujuan penanaman semula sawit pula, Johari berharap cadangan tersebut dapat dipertimbangkan kerana ketika ini hampir 1.5 juta hektar ladang sawit dikendalikan oleh pekebun kecil yang memerlukan dana berkenaan.

“Tahun lepas kerajaan bagi RM100 juta tetapi 50 peratus adalah geran dan 50 peratus pinjaman tetapi yang akan datang ini saya ingat pekebun kecil perlu lebih dana untuk penanaman semula sawit untuk pastikan eksport kita pada masa akan datang tidak terjejas,” ujarnya.

Belanjawan 2025 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober depan.

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...