Home Ekonomi Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar, cecah semula paras 4.19
Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar, cecah semula paras 4.19

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar, cecah semula paras 4.19

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 24 September- Ringgit mencecah kembali paras RM4.19 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa, dipacu oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang lebih rendah daripada jangkaan serta pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS sebanyak 50 mata asas.

Paras sokongan serta-merta ringgit kini dijangka pada RM4.07.

Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1995/2055 berbanding dolar AS daripada 4.2000/2060 ketika ditutup Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka kekal disokong dengan baik hari ini apabila data IHP yang dikeluarkan semalam menunjukkan kadar inflasi mereda kepada 1.9 peratus.

Beliau menjelaskan perkara itu menunjukkan inflasi telah stabil.

“Kadar inflasi stabil ketika aktiviti ekonomi di Malaysia terus berkembang dengan baik.

“Ini akan memberi dorongan kepada Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan pendirian dasar monetari semasa, yang disifatkan menyokong pertumbuhan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata keadaan itu adalah positif untuk ringgit kerana perbezaan antara kadar faedah AS dan Malaysia akan mengecil selepas ini.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan susut berbanding euro kepada 4.6661/6727 daripada 4.6645/6712 ketika ditutup semalam, dan turun berbanding pound British kepada 5.6059/6139 dari 5.5805/5885.

Ringgit juga rendah berbanding yen Jepun kepada 2.9253/9298 dari 2.9238/9282.

Ringgit diniagakan stabil berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit domestik turun berbanding baht Thai kepada 12.7439/7695 daripada 12.7203/7451 ketika ditutup Isnin, dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2532/2581 daripada 3.2503/2552.

Ringgit stabil berbanding peso Filipina pada 7.50/7.52 sejak Isnin, dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 276.1/276.7.- Livevartha

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...