Monday , 23 September 2024
Home Nasional Program khas bantu pelajar tercicir, tidak minat masuk Tingkatan 4 sertai TVET – TPM
Nasional

Program khas bantu pelajar tercicir, tidak minat masuk Tingkatan 4 sertai TVET – TPM

Program khas bantu pelajar tercicir, tidak minat masuk Tingkatan 4 sertai TVET – TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/ BERNAMA

KLUANG, 22 September– Satu program khas akan dilaksana bagi membantu pelajar yang keciciran atau tidak berminat untuk menyambung pelajaran ke tingkatan empat memasuki bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya program itu dapat dilaksanakan akhir tahun ini.

“Saya telah bincang agar satu ujian khas tanpa bertulis (diberikan) kepada pelajar (terbabit) untuk masuk ke Kolej TVET untuk memberi peluang kepada mereka yang keciciran yang mungkin tidak minat untuk menyambung pelajaran.

“Jangan ingat tanpa SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tidak ada hari esok, tidak ada masa depan. Melalui ekosistem pendidikan TVET, walaupun tanpa SPM tetapi melalui kursus TVET, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 1 dan 2 setaraf SPM manakala SKM 3, 4 dan 5 sama dengan diploma.

“Kita mesti menyediakan ekosistem kepada pelajar ini, negara memerlukan pekerja dan syarikat yang melabur dalam negara juga perlukan guna tenaga dalam kalangan anak muda,” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Kaum India Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon Barisan Nasional (BN)pada PRK itu Syed Hussien Syed Abdullah.

Ahmad Zahid berkata beliau akan berbincang dengan pemimpin masyarakat India termasuk Presiden MIC Tan SriS A Vigneswaran untuk mencari jalan bagi menggalakkan golongan muda kaum itu mengambil SKM, yang juga dapat membuka peluang ke institusi pendidikan tinggi tanpa SPM.

Pengerusi BN itu turut memberi peringatan kepada Syed Hussien untuk menjadi wakil rakyat ‘buta warna’ jika menerima mandat rakyat pada 28 Sept inikerana pengundi akan menilai prestasi beliau dan kembali membuat pilihanpada pilihan raya seterusnya.

“Jika menang, beliau menang dengan sokongan semua… dan masyarakat di sini mengharapkan perkhidmatan yangbaik untuk semua. Jangan malukan saya yang menandatangani watikah (untuk beliau menjadi calon) atas persetujuan Menteri Besar,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid memberi jaminan bahawa kerajaan akan berusaha menyelesaikan isu kekurangan krematorium di Johorseperti yang dimaklumkan oleh Menteri Besarkepada beliauuntuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Onn Hafiz dalam ucapannya pula memaklumkan kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM16.9 juta dalam tempoh dua tahun bermula 2022 kepada masyarakat India menerusi pelbagai programselain menyelesaikan isu seperti rumah ibadat, tapak perkuburan dan pendidikan.

\”Ini kita beri kepada masyarakat India di semua daerah. Dari segi pendidikan contohnya, semua bilik guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di seluruh negeri menerima bantuan RM5,000 melibatkan bantuan RM400,000,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa mementingkan aspek kebajikan semua rakyat dan adalah penting untuk semua Bangsa Johor bersatu mengekalkan perpaduan yang ada untuk kemajuan masa depan.

PRK DUN Mahkota, yang diadakan susulankematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Syed Hussein dan calon Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar – BERNAMA

Related Articles

KKM sediakan 13 pakar psikologi rawat 449 kanak-kanak diselamatkan dalam Op Global
Nasional

KKM sediakan 13 pakar psikologi rawat 449 kanak-kanak diselamatkan dalam Op Global

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang SauniSEPANG, 23 September – Kementerian Kesihatan...

Bererapa PPS di Kedah ditutup, banjir semakin pulih
Nasional

Bererapa PPS di Kedah ditutup, banjir semakin pulih

Foto failALOR SETAR, 23 September – Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan...

Sesat di hutan ketika cari ‘daun sabong’, dua lelaki ditemui selamat
Nasional

Sesat di hutan ketika cari ‘daun sabong’, dua lelaki ditemui selamat

Foto JBPM Sarawak KOTA SAMARAHAN, 23 September- Dua lelaki tempatan yang dilaporkan...

MBLM perkenal menu RM10
Nasional

MBLM perkenal menu RM10

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf YusohMELAKA, 22 September – Menu...