Home Ekonomi Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan
Ekonomi

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 21 September- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu depan, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Bagi minggu baru berakhir ini, bank pusat itu memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik, repo berbalik semalaman dan repo berbalik Islam.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM33.91 bilion daripada RM27.90 bilion pada minggu sebelumnya.

Bagi sistem Islam, mudah tunai itu berkurangan kepada RM20.30 bilion daripada RM25.50 bilion, sebelum ini.

Setakat 19 September, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...

Ekonomi

Taman Perindustrian ASEAN dicadang dibangunkan di JS-SEZ

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi / Foto RTMJOHOR BAHRU, 21...

Ekonomi

Malaysia pilih pendekatan rundingan, tolak tarif balas terhadap AS

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz /...