Tuesday , 31 December 2024
Home Nasional GISBH: Enam kitab berkaitan Al-Arqam dirampas JHEAIPP
Nasional

GISBH: Enam kitab berkaitan Al-Arqam dirampas JHEAIPP

GISBH: Enam kitab berkaitan Al-Arqam dirampas JHEAIPP

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abd Hamid

GEORGE TOWN, 21 September– Sebanyak enam buah kitab dipercayai berkait dengan gerakan Al-Arqam dirampas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sekitar Seberang Perai.

Rampasan tersebut dilakukan menerusi serbuan di empat buah premis termasuk yang disyaki terlibat dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abd Hamid menerusi kenyataan berkata kesemua kitab yang dirampas, sebelum ini telahpun diharamkan.

Ketika ini, siasatan berhubung perkara itu sedang dijalankan dengan memberi perhatian kepada semua bukti yang diperoleh.

Tegasnya, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pelanggaran undang-undang membabitkan premis ataupun operasi kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, pihaknya tidak akan melakukan sebarang keputusan secara tergesa-gesa dan berlandaskan spekulasi semata-mata.

Kes tersebut disiasat di bawah peruntukan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang (EKJSNPP 1996); Seksyen 13(1)(b).

Terdahulu, empat premis yang terlibat dalam serbuan itu melibatkan Rumah Jagaan Harapan Al Mahabbah, Bagan Buaya,Changkat Nibong Tebal; Pusat Jagaan Kanak-kanak Rumah Permata Kasih Taman Seri Mengkuang, Kubang Semang;Kedai Kek Dan Roti Ikhwan Bandar PERDA dan Ikhwan BP Mart, Bandar PERDA, Bukit Mertajam.

Related Articles

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat
Nasional

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat

FOTO FAIL TANAH MERAH, 30 Disember – Jumlah penduduk terjejas banjir yang...

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan
Nasional

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan

Setakat pukul 11.00 malam, seramai 684 individu berlindung di 18 PPS di...

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada
Nasional

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada

Rakaman kamera CCTV pemantauan banjir JPSNT di Jambatan Gong Terap, Setiu pada...

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan
Nasional

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan

APM Machang melakukan operasi menyelamat penduduk terperangkap banjir sejak petang tadi/Foto APM...