Saturday , 21 December 2024
Home Nasional PM Anwar seru ahli akademik teladani keilmuan, keberanian Dr Syed Husin
Nasional

PM Anwar seru ahli akademik teladani keilmuan, keberanian Dr Syed Husin

PM Anwar seru ahli akademik teladani keilmuan, keberanian Dr Syed Husin

Perdana Menteri menghadiri Majlis Memperingati Prof Dr Syed Husin Ali yang berlangsung di Institut Pengurusan dan Perkhidmatan Penyelidikan UM hari ini.

PETALING JAYA, 21 September – Keilmuan (kepakaran) dan sikap Almarhum Dr Syed Husin Ali yang mendalam dalam sesuatu bidang ilmu patut dijadikan contoh oleh ahli akademik lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menyifatkan Dr Syed Husin mendasari ilmunya pada realiti kehidupan masyarakat dan berani melontarkan idea serta teguran.

\”Seorang sarjana dari universiti tidak harus menjadi pak turut, sebaliknya harus bebas berbicara.

\”Pemikiran Syed Husin harus terus digali dan dibahaskan, khususnya karya seperti Social Stratification in Kampong Bagan yang membicarakan perihal kesenjangan yang melebar antara kelompok kaya dan miskin,\” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Perdana Menteri turut mengimbau memori ketika mereka ditahan bersama di Kamunting selepas Peristiwa Baling 1974.

“Saya menghimbau kekentalan jiwa Pak Syed, seorang pemikir awam yang tekal dalam jalur perjuangan membela nasib rakyat miskin, menuntut keadilan serta seorang pejuang bahasa Melayu yang kental,\” tambahnya.

Anwar berkata hubungan erat yang terjalin antara mereka terus terbawa hingga ke masa getir pemecatan beliau pada 1998, yang mana Syed Husin merupakan antara yang pertama hadir menyokongnya.

\”Syed Husin juga paling sering ke mahkamah ketika itu, dan memberi jaminan kepada Azizah dan anak-anak bahawa Uncle Syed akan tetap bersama, memberi perhatian dan membela nasib mereka.

\”Pastinya intelektualisme dan kecekalan Syed Husin yang konsisten, tuntas dalam pandangan, tidak berganjak soal tatakelola yang baik serta gerakan membela nasib rakyat banyak mempengaruhi Parti Keadilan Rakyat.

\”Beliau sentiasa menekankan bahawa KEADILAN mesti meletakkan agenda pembelaan nasib rakyat, petani, nelayan dan miskin kota sebagai keutamaan, \” kongsinya.

Dr Syed Husin merupakan bekas Timbalan Presiden PKR meninggal dunia pada usia 87 tahun pada 29 Jun lalu akibat kanser.

Anwar berharap semua usaha yang dilakukan akan meneruskan semangat perjuangan Syed Husin Ali dalam memperjuangkan perubahan (reformasi) dalam sistem negara.

\”Semoga segala usaha ini akan terus menghidupkan obor perjuangan Syed Husin untuk melihat reformasi berlaku dalam sistem negara yang kian bobrok akibat tatakelola yang lemah, rasuah yang menjalar dan kesenjangan yang terus melebar.

\”Al-Fatihah untuk seorang sahabat, guru, dan pejuang sejati,\” tulisnya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri dan isteri Dr Seri Dr Wan Azizah menghadiri Majlis Memperingati Prof Dr Syed Husin Ali yang berlangsung di Institut Pengurusan dan Perkhidmatan Penyelidikan UM hari ini.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...