Home Nasional DBKU pertimbang bina laluan bawah tanah di bulatan Datuk Menteri Abang Mohamad Zin Saleh
Nasional

DBKU pertimbang bina laluan bawah tanah di bulatan Datuk Menteri Abang Mohamad Zin Saleh

DBKU pertimbang bina laluan bawah tanah di bulatan Datuk Menteri Abang Mohamad Zin Saleh

FOTO DBKU

KUCHING, 22 September- Dewan Bandaraya Kuching Utara, DBKU sedang mempertimbang cadangan untuk membina laluan bawah tanah di bulatan Datuk Menteri Abang Mohamad Zin Saleh, Petrajaya.

Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman berkata ia bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang berpunca daripada pertambahan jumlah kenderaan di bandaraya Kuching.

Katanya pembinaan laluan bawah tanah lebih sesuai berbanding laluan bertingkat \’flyover\’.

\”Kita lihat dahulu keadaan, kerana kita mahu teliti sebaik mungkin atau kita buat satu lagi so kita akan melihat meneliti sebaik mungkin, atau kita buat satu lagi \’divert trafic\’\”, katanya.

Jelas Hilmy lagi, DBKU buat masa ini turut menjalankan kajian di beberapa jalan merah atau titik sesak dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Ini termasuk di Jambatan Tun Abdul Rahman Yaakub yang mengalami kesesakan di setiap waktu puncak.

Hilmy menjelaskan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan AeroBig Day 2024 hari ini.

Kira-kira 1,500 warga kota telah menyertai acara tersebut yang diadakan di Pustaka Negeri Sarawak pagi tadi.

Selain Kuching, AeroBig Day 2024 turut dianjurkan di Sibu dan Miri merangkumi lebih daripada 2,800 peserta.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan penglibatan lebih daripada 15 kementerian.

Acara berkenaan merupakan usahasama antara NGO tempatan iaitu BANTU dan JVY Event Management Company & Life Event Borneo, diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan ahli komuniti yang terdiri daripada pelbagai kaum di samping memupuk amalan hidup yang sihat.

2209 DBKU LALUAN 2
FOTO DBKU

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....