Saturday , 21 September 2024
Home Nasional 211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia Johor

Johor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menghantar pulang 211 tahanan warga asing dari pelbagai negara selepas selesai menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan Imigresen.

Menerusi kenyataan JIM Johor, penghantaran pulang dijalankan menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Satu dan Dua serta Terminal Feri Stulang Laut, Johor Bahru.

Antara warga asing terlibat, 103 warga Myanmar, 70 warga Indonesia, dan 30 warga Bangladesh.

Kesemua mereka telah disenarai hitam dalam Sistem Jabatan Imigresen, dan tidak dibenarkan memasuki semula negara ini mengikut tempoh ditetapkan.

Kos bagi tiket penerbangan dan kapal untuk menghantar semula warga asing tersebut, ditanggung sepenuhnya oleh wang simpanan mereka, serta sumbangan daripada ahli keluarga.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...

Nasional

RM10,000 menanti pemenang "Melaka Explorace 2024"

Foto BERNAMAMELAKA, 21 September – Pemenang kategori terbuka (orang ramai) pertandingan ‘mencari...