Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ketujuh, untuk tempoh dua tahun mulai 23 September 2024 hingga 22 September 2026.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan Osman adalah seorang tokoh pemikir Islam yang tersohor di tanah air.

Beliau juga memiliki reputasi kepimpinan dan kesarjanaan dalam bidang Falsafah dan Ketamadunan Islam yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sehingga dinamakan sebagai antara 500 orang lslam paling berpengaruh di dunia pada 2009.

\”Kementerian yakin dengan pelantikan ini, Prof Emeritus Dr Osman akan dapat mengangkat dan meningkatkan kedudukan UIAM sebagai universiti tersohor dalam peradaban Islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,\” menurut kenyataan itu di sini.

Osman, penyandang Kursi Al-Ghazali di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (1STAC), UIAM merupakan pemegang ljazah Sarjana Muda dan ljazah Sarjana dalam bidang Matematik dari University of London, United Kingdom dan ljazah Kedoktoran dalam bidang Falsafah lslam dari University of Temple, Amerika Syarikat.

KPT juga mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak atas jasa dan bakti beliau sepanjang menerajui UIAM sebelum ini.- BERNAMA

Related Articles

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan
Nasional

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan

FOTO FAIL BATU PAHAT, 22 Disember – Seorang kanak-kanak perempuan maut, selepas...

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti
Nasional

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti

Muhammad Rizal Zainudin (tengah) pada Majlis Makan Malam Aspirasi dan Joggers 2024...

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF
Nasional

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF

Program Mai Derma Darah"Be A Hero" mendapat sambutan yang menggalakkanKANGAR, 22 Disember-...

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Nasional

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

FOTO IPD KAJANGKUALA LUMPUR, 22 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai bagi...