Friday , 27 December 2024
Home Ekonomi AirAsia, Airbus jalin kerjasama majukan kelestarian penerbangan
Ekonomi

AirAsia, Airbus jalin kerjasama majukan kelestarian penerbangan

AirAsia, Airbus jalin kerjasama majukan kelestarian penerbangan

AirAsia telah menjalin kerjasama dengan pengeluar pesawat terkemuka dari Eropah, Airbus, untuk memajukan penyelidikan berkaitan inisiatif kelestarian penerbangan di rantau ASEAN / Foto Hiasan / Bernama

BALI, 20 September – AirAsia telah menjalin kerjasama dengan pengeluar pesawat terkemuka dari Eropah, Airbus, untuk memajukan penyelidikan berkaitan inisiatif kelestarian penerbangan di rantau ASEAN dengan fokus utama pada pengurangan pelepasan karbon.

Melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai, kedua-dua pihak akan meneroka pengeluaran Bahan Api Penerbangan Lestari (SAF) menggunakan bahan mentah alternatif dan teknologi terkini di Asia Tenggara.

\”Kerjasama ini bertujuan mengenal pasti peluang untuk menyokong pembangunan komersial projek SAF di rantau ini.

\”Selain itu, MoU ini juga menetapkan usaha bersama dalam meneroka langkah terkini pengurusan trafik udara (ATM) bagi mengurangkan pelepasan karbon,\” menurut AirAsia menerusi kenyataan.

AirAsia dan Airbus akan bekerjasama sebagai rakan kongsi di ASEAN dalam menguji keberkesanan pengeluaran SAF, sambil menyokong keperluan sektor penerbangan untuk melabur dalam penyelesaian kelestarian demi mencapai sasaran sifar karbon bersih menjelang 2050.

Related Articles

Ekonomi

Dividen ASB 2024, bukti ekonomi mengukuh – Penganalisis

Foto Kecil: Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad...

Ekonomi

Kerjasama blok ASEAN perkukuh cabaran geopolitik, ekonomi global

Datuk Ramesh KodammalKUALA LUMPUR, 25 Disember- Blok ASEAN perlu bersatu dan memperkukuh...

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...