Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Banduan reman lolos: Jabatan Penjara tubuh lembaga siasatan
Nasional

Banduan reman lolos: Jabatan Penjara tubuh lembaga siasatan

Banduan reman lolos: Jabatan Penjara tubuh lembaga siasatan

Jabatan Penjara Malaysia menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian seorang banduan reman melarikan diri dari Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh, baru-baru ini / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 20 September – Jabatan Penjara Malaysia menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian seorang banduan reman melarikan diri dari Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh, baru-baru ini.

Jabatan Penjara memaklumkan pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang bertanggungjawab jika terdapat unsur kecuaian atau kelemahan dalam pematuhan prosedur semasa melaksanakan tugas.

\”Jabatan Penjara menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai individu yang mencurigakan untuk segera menghubungi Penjara Sungai Buloh di talian 03-61843333 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222. Jabatan juga memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul daripada insiden tersebut,\” menurut jabatan itu menerusi kenyataan.

Jabatan itu memaklumkan, usaha pencarian sedang dipergiat dan kawasan pencarian turut diperluaskan ke lokasi-lokasi lain.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa seorang banduan dari Penjara Sungai Buloh yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan telah melarikan diri pada pukul 3.56 petang, pada Rabu.

Pihak polis menerima maklumat daripada pihak hospital yang menyedari banduan berkenaan tiada di katilnya dan disyaki telah meloloskan diri.

Related Articles

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan
Nasional

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan

FOTO FAIL BATU PAHAT, 22 Disember – Seorang kanak-kanak perempuan maut, selepas...

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti
Nasional

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti

Muhammad Rizal Zainudin (tengah) pada Majlis Makan Malam Aspirasi dan Joggers 2024...

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF
Nasional

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF

Program Mai Derma Darah"Be A Hero" mendapat sambutan yang menggalakkanKANGAR, 22 Disember-...

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Nasional

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

FOTO IPD KAJANGKUALA LUMPUR, 22 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai bagi...