Friday , 20 September 2024
Home Nasional Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi ini berbanding 4,425 orang malam tadi / Foto Hiasan / Bernama

ALOR SETAR, 20 September – Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi ini berbanding 4,425 orang malam tadi, sementara situasi di Perlis dan Pulau Pinang tidak banyak berubah.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 1,942 keluarga yang terjejas banjir di Kedah kini ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah. Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,424 orang, diikuti Kubang Pasu (1,537), Pokok Sena (925), Pendang (806), Kuala Muda (184), Bandar Baharu (131), dan Kulim (80).

Sementara itu, laman sesawang Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan jumlah sungai yang berada pada paras bahaya di negeri itu berkurangan kepada enam setakat 8 pagi.

Sungai-sungai tersebut adalah Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Sungai Bata di Kampung Bata, Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu, Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar.

Di Perlis, seramai 114 mangsa banjir kini ditempatkan di tiga PPS di Arau dan Kangar setakat 8 pagi tadi berbanding 115 orang, malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Perlis, Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata 47 mangsa berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Ahmad Musa, 37 mangsa di SK Kubang Gajah di Arau, dan 30 mangsa di SK Sena di Kangar.

Banjir di Arau melibatkan kawasan seperti Kampung Sungai Padang dan Kampung Kubang Gajah, manakala di Kangar, banjir melanda Kampung Tok Kandang, Kampung Bakau, Kampung Sena, dan Kampung Seberang Tambang.

Di Pulau Pinang, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 578 orang yang ditempatkan di lapan PPS setakat 7.30 pagi tadi berbanding 594 orang malam tadi.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pulau Pinang, 168 keluarga yang terjejas banjir melibatkan tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT), dan Seberang Perai Selatan (SPS).

Di SPU, sebanyak 421 mangsa ditempatkan di SK Padang Menora, SK Lahar Yooi, Sekolah Agama Rakyat Nyior Sebatang, dan Pusat Penempatan Banjir Labuh Banting. Di SPT, 116 mangsa berada di Sekolah Rendah Islam Maahad At Tarbiah Guar Jering, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Pasir, dan SMK Permatang Rawa. Di SPS, 41 mangsa ditempatkan di Dewan MPKK Sanglang.-BERNAMA

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Operasi feri Kuala Kedah ditutup sementara
Nasional

Operasi feri Kuala Kedah ditutup sementara

Operasi feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara susulan amaran angin...