Home Ekonomi AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia
Ekonomi

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

Foto Livevartha

BALI, 19 September- AirAsia akan memperluas laluan penerbangannya ke Indonesia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, laluan baharu akan merangkumi destinasi seperti Semarang, Pontianak, dan Palembang.

Ia bertujuan meningkatkan ketersambungan antara Indonesia dan negara-negara Asia, termasuk Malaysia.

\”Kami akan bermula dengan Timor Timur dahulu, dan akhirnya sampai ke Papua. Sebaik sahaja mereka memberi kebenaran, kami akan mula. Ia mungkin bermula pada tahun hadapan,\” katanya kepada pemberita di sini.

AirAsia juga baru-baru ini membuka laluan terus ke-21 ke Labuan Bajo, Indonesia, dengan tiga penerbangan mingguan dari Malaysia.

BERITA BERKAITAN:

  • Penerbangan AirAsia Kota Kinabalu- Manado, perluas pilihan destinasi
  • AirAsia lancar penerbangan dari Kota Kinabalu ke Manado, Sulawesi Utara
  • Penumpang Fly-Thru AirAsia dijangka meningkat 25 peratus
  • Gangguan IT global: AirAsia teruskan operasi guna proses secara manual

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...