Tuesday , 31 December 2024
Home Nasional Penempatan pegawai JAKIM untuk laksana fungsi hal ehwal Islam
Nasional

Penempatan pegawai JAKIM untuk laksana fungsi hal ehwal Islam

Penempatan pegawai JAKIM untuk laksana fungsi hal ehwal Islam

Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar

KUALA LUMPUR, 18 September- Penempatan para pegawai JAKIM adalah berdasarkan perjawatan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui permohonan daripada Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan untuk melaksanakan fungsi Hal Ehwal Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, satu sesi perjumpaan bersama-sama Majlis Perundingan Malaysia Bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh Dan Taoisme (MCCBCHST) dan Kementerian Perpaduan Negara diadakan di Kompleks Islam Putrajaya.

\”Perjumpaan tersebut diadakan bagi memberi pencerahan mengenai isu yang dibangkitkan oleh Majlis Perundingan Malaysia Bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh Dan Taoisme (MCCBCHST) berkaitan penempatan pegawai JAKIM di kementerian-kementerian.

\”Para perwakilan yang hadir terdiri daripada Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, 10 orang perwakilan dari MCCBCHST dan pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi berkenaan,\” katanya.

Hasil perjumpaan tersebut disarankan agar Biro Pengurusan Isu Agama dan Mediasi yang ditubuhkan dalam Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) diaktifkan bagi mengelakkan sebarang polemik tentang sesuatu isu.

Dalam pada itu Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru dan mengajak rakyat Malaysia yang berbilang agama dan kaum agar saling menghargai realiti kepelbagaian dalam negara dan bersama-sama berusaha memelihara keharmonian.

Related Articles

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat
Nasional

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat

FOTO FAIL TANAH MERAH, 30 Disember – Jumlah penduduk terjejas banjir yang...

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan
Nasional

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan

Setakat pukul 11.00 malam, seramai 684 individu berlindung di 18 PPS di...

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada
Nasional

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada

Rakaman kamera CCTV pemantauan banjir JPSNT di Jambatan Gong Terap, Setiu pada...

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan
Nasional

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan

APM Machang melakukan operasi menyelamat penduduk terperangkap banjir sejak petang tadi/Foto APM...