Saturday , 21 December 2024
Home Nasional SESB bakal laksana pemasangan meter pintar
Nasional

SESB bakal laksana pemasangan meter pintar

SESB bakal laksana pemasangan meter pintar

FOTO HIASAN

KOTA KINABALU, 18 September- Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan projek pemasangan meter pintar menerusi dua fasa dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yaakob Jaafar menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan projek meter pintar itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan pemasangan fasa satu sebanyak 6,497 unit melibatkan pengguna daripada kategori Pengguna Kuasa Tinggi dan pemegang akaun Feed-i-Tariff (FIT).

“Sebanyak 60 unit akan dipasang dalam tempoh dua bulan percubaan ini menyasarkan pengguna yang telah dipilih untuk memastikan sistem dan operasi pengebilan lancar, manakala baki 6,437 unit akan dilaksanakan sebaik sahaja fasa percubaan mencapai objektif pelaksanaan projek ini.

\”Tempoh percubaan selama dua bulan itu akan bermula bulan depan dan projek berkenaan akan dilaksanakan tahun depan dengan menyasarkan pengguna domestik di bandar raya Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan Labuan selari dengan tema ‘KK Smart City & WP Labuan Smart Island’,\” katanya.

Jelas Mohd Yaakob lagi, menerusi penggunaan meter pintar itu pengguna dapat merancang jumlah atau had penggunaan elektrik bulanan dan akan menerima notifikasi apabila jumlah bil sasaran bulanan telah mencapai had yang ditetapkan.

“Ciri-ciri baharu ini adalah bertepatan dan bersesuaian dengan usaha SESB mendukung dan merealisasikan hasrat kerajaan memberikan manfaat kepada rakyat dengan memperkasakan bidang ekonomi digital,” katanya.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...