Home Nasional Manfaat teknologi blockchain tingkatkan kerangka kerja pensijilan halal
Nasional

Manfaat teknologi blockchain tingkatkan kerangka kerja pensijilan halal

Manfaat teknologi blockchain tingkatkan kerangka kerja pensijilan halal

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan Datuk Dr Mohd Na’im pada Sidang Kemuncak Halal Global 2024 (GHAS 2024) dan sambutan Jubli Emas Halal Malaysia

Kuala Lumpur, 18 September- Penerapan teknologi blockchain atau rantaian blok akan menambah baik kerangka kerja pensijilan halal negara.

Ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, integrasi teknologi itu bermanfaat bagi meningkatkan ketelusan proses pensijilan halal serta memenuhi piawaian kawal selia peringkat antarabangsa.

\”Negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Australia sudah menggunakan terknologi itu untuk mempertingkat ketelusan serta memerangi penipuan dalam pensijilan halal.

\”Dengan mengguna pakai teknologi ini, Malaysia mampu mengukuhkan proses-proses pensijilan halalnya, mengurangkan halangan perdagangan dan selaras dengan piawaian global.

\”Langkah strategik ini akan meningkatkan keyakinan pengguna dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab halal global yang terkemuka,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Halal Global 2024 (GHAS 2024) dan sambutan Jubli Emas Halal Malaysia di ibu negara.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....