Home Ekonomi Permintaan merosot, Tupperware fail perlindungan kebankrapan
Ekonomi

Permintaan merosot, Tupperware fail perlindungan kebankrapan

Permintaan merosot, Tupperware fail perlindungan kebankrapan

PETALING JAYA: Tupperware Brands dan beberapa anak syarikatnya memfailkan perlindungan kebankrapan Chapter 11 pada Selasa, berikutan kerugian yang meningkat serta penurunan permintaan untuk bekas penyimpanan makanan berwarna-warni yang pernah popular ini.

Menerusi laporan Reuters, cabaran syarikat untuk menghentikan penurunan jualan berterusan selepas lonjakan sementara semasa pandemik, ketika keluarga lebih banyak memasak di rumah dan beralih kepada bekas plastik kedap udara untuk menyimpan lebihan makanan. 

Namun, jualan merosot dalam beberapa suku tahun kebelakangan ini apabila dunia kembali pulih dan dibuka.

“Lonjakan kos bahan mentah kritikal seperti plastik, serta kos buruh dan pengangkutan selepas pandemik semakin menjejaskan margin syarikat,” katanya.

Pada Ogos, Tupperware telah menimbulkan keraguan yang ketara tentang kemampuannya untuk terus beroperasi buat kali keempat sejak November 2022 dan menyatakan bahawa syarikat menghadapi masalah kecairan.

Syarikat tersebut menyenaraikan aset dianggarkan antara AS$500 juta hingga AS$1 bilion (RM2.25 hingga RM4 bilion) dan liabiliti antara AS$1 bilion hingga AS$10 bilion (RM4.5 hingga RM45 bilion), menurut pemfailan kebankrapan di Mahkamah Kebankrapan AS untuk Daerah Delaware.

“Menurut laporan Bloomberg pada Isnin lalu, Tupperware telah merancang untuk memfailkan perlindungan kebankrapan setelah melanggar syarat hutangnya dan mendapatkan penasihat undang-undang dan kewangan,” katanya. 

Laporan tersebut menyatakan bahawa persiapan kebankrapan bermula selepas rundingan berpanjangan dengan pemberi pinjaman mengenai lebih dari AS$700 juta (RM3.15 bilion) dalam hutang.

Saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan semalam, selepas ditutup dengan penurunan 57 peratus.

Diasaskan pada 1946 oleh ahli kimia, Earl Tupper, populariti syarikat itu melonjak pada 1950-an apabila wanita pasca perang menganjurkan “pesta Tupperware” di rumah untuk menjual bekas penyimpanan makanan, sebagai langkah untuk meraih pemberdayaan dan kebebasan. – UTUSAN

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...