Home Ekonomi Belanjawan 2025 : Peruntukan perbelanjaan pembangunan dianggar RM78.3 biliion
Ekonomi

Belanjawan 2025 : Peruntukan perbelanjaan pembangunan dianggar RM78.3 biliion

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 September- Peruntukan perbelanjaan pembangunan bawah Belanjawan 2025 dianggar berjumlah RM78.3 bilion.

BIMB Securities Sdn Bhd menyatakan, jangkaan itu sejajar unjuran defisit fiskal lebih rendah pada 3.5 peratus tahun hadapan.

Firma itu percaya, sasaran pengurangan defisit fiskal mampu dicapai, disokong perbelanjaan pembangunan lebih rendah.

Dua belanjawan terdahulu, merekodkan perbelanjaan pembangunan melebihi RM90 bilion.

Pengurangan bagi perbelanjaan mengurus juga alternatif untuk menurunkan defisit fiskal, meski ia perkara yang mencabar.

Kerajaan telah memulakan inisiatif mengurangkan perbelanjaan mengurus, antaranya menerusi rasionalisasi subsidi.

BIMB Securities turut menjangkakan pengenalan semula cukai penggunaan berdasarkan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal.

Langkah itu akan memperluas sumber pendapatan tambahan kerajaan, seterusnya mempercepat usaha mencapai sasaran defisit fiskal.

Belanjawan 2025 dijadual dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 18 Oktober ini.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...