Home Ekonomi Kenaikan tarif terhadap produk sarung tangan China beri manfaat kepada pengeluar Malaysia
Ekonomi

Kenaikan tarif terhadap produk sarung tangan China beri manfaat kepada pengeluar Malaysia

Kenaikan tarif terhadap produk sarung tangan China beri manfaat kepada pengeluar Malaysia

FOTO HIASAN / Livevartha

KUALA LUMPUR, 17 September- Kadar tarif baharu yang dikenakan Amerika Syarikat terhadap produk sarung tangan dari China, bakal beri manfaat kepada pengeluar tempatan.

Menurut Maybank Investment Bank Berhad, secara relatif ia akan menjadikan produk sarung tangan Malaysia lebih murah, seterusnya meningkatkan daya saing di pasaran Amerika Syarikat.

Firma penyelidikan itu menjelaskan, negara itu merupakan destinasi eksport penting buat pengeluar tempatan.

Namun, sebahagian daripada penguasaan pasaran diambil alih oleh syarikat dari China sejak 2021, susulan persaingan harga.

Perkembangan terbaru ini dijangka menyumbang kepada pendapatan lebih kukuh kepada pengeluar tempatan untuk tempoh akan datang, berikutan peningkatan permintaan dan penstabilan harga jualan purata.

Bagaimanapun, Maybank IB kekal berhati-hati terhadap prospek jangka panjang, berikutan persaingan berterusan dari negara tembok besar itu.

Jumaat lalu, Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) mengumumkan kenaikan tarif ke atas import China, sebanyak 50 peratus pada 2025 dan 100 peratus menjelang 2026.

Jumlah itu lebih tinggi daripada kadar 25 peratus yang dicadangkan pada Mei lepas.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...