Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Dijangka Stabil Minggu Depan Susulan Pengukuhan Ekuiti Global
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Stabil Minggu Depan Susulan Pengukuhan Ekuiti Global

Bursa Malaysia Dijangka Stabil Minggu Depan Susulan Pengukuhan Ekuiti Global

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Sept(Livevartha) — Bursa Malaysia dijangka stabil dalam jajaran 1,630-1,670 minggu depan, menawarkan peluang pengumpulan saham dan potensi peningkatan seterusnya susulan sentimen yang bertambah baik.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks itu perlu melepasi paras rintangan1,670 untuk mendapatkan semula momentum meningkatnya.

Beliau berkata sekiranya paras ini berjaya dilepasi dengan jumlah dagangan yang besar, paras rintangan seterusnya dijangkakan pada1,700.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth AdvisorsMohd Sedek Jantan berkata prestasi kukuh ekuiti global dijangka menyaksikanBursa Malaysia diniagakan tinggi minggu depan meskipun dalam minggu dagangan yang singkat.

“IndeksS&P 500 yang mencatatkan pemulihan memberangsangkan kini berada pada5,596, ditutup pada paras tertinggi pada 5,670. Selepas turun hampir10 peratus antara 16 Julai dan 5 Ogos berikutan kebimbangan terhadap kemelesetan.S&P 500 telah pulih kembali,” katanya.

Mohd Sedek berkataUOB Kay Hian mengekalkan tinjauan positif terhadap sektor pembinaan dan bahan binaan dengan projek pusat data dijangka mula memberi sumbangan kepada syarikat pembinaan.

“Selain itu, pengukuhan ringgit yang berpotensi mengehadkan kenaikan bagi sektor dipacu eksport seperti teknologi, mungkin memberi manfaat kepada sektor domestik seperti pengguna, kewangan dan utiliti terpilih,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, bursa tempatan mencatatkan dagangan tidak menentu berikutan kekurangan pemangkin dan kebimbangan terhadap perkembangan di Amerika Syarikat (AS) dan ketidakpastian tentang kadar penurunan kadar faedah AS.

Related Articles

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan
Pasaran

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Ringgit...