Friday , 20 September 2024
Home Nasional Banjir: Dua PPS dibuka di Perlis
Nasional

Banjir: Dua PPS dibuka di Perlis

Banjir: Dua PPS dibuka di Perlis

Foto JKM Perlis

KANGAR, 18 September- Banjir menyebabkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi; melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sena, Kangar dan PPS SK Arau, Perlis.

Menurut Pengarah JKM Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa, 41 penduduk daripada 13 keluarga telah ditempatkan di kedua-dua PPS, setakat pada pukul 7.00 pagi tadi.

\”PPS SK Arau mencatat penduduk paling ramai terjejas iaitu 33 penduduk daripada sembilan keluarga.

\”Penduduk yang ditempatkan di PPS SK Sena dari sekitar Kampung Tok Kandang, manakala PPS SK Arau menempatkan penduduk dari Kampung Titi Besi,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, lebih ramai penduduk dijangka ditempatkan di kedua-dua PPS berikutan hujan lebat yang sedang melanda Perlis ketika ini, selain tambahan PPS akan diaktifkan berikutan beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air.

Terdahulu, hujan lebat selama beberapa hari sejak Isnin lalu telah menyebabkan banjir melanda negeri itu.

Sementara itu, di Pulau Pinang, jumlah penduduk terjejas dan PPS aktif terus meningkat susulan hujan berterusan sepanjang tiga hari sejak Ahad lalu.

Menurut Portal Info Bencana JKM, seramai 606 penduduk daripada 163 keluarga ditempatkan di 11 PPS, setakat pada pukul 6.00 pagi tadi.

\”Daerah Seberang Perai Tengah paling teruk terjejas dengan lima PPS dibuka.

\”Empat PPS dibuka di Seberang Perai Utara dan dua di Seberang Perai Selatan,\” menurut kenyataan itu.

Related Articles

Industri halal menyumbang ekonomi negara
Nasional

Industri halal menyumbang ekonomi negara

Mohd Na’im Mokhtar/ Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 19 September-Perjalanan selama 50 tahun dalam...

Amaran angin kencang bahaya kepada aktiviti perkapalan, pantai
Nasional

Amaran angin kencang bahaya kepada aktiviti perkapalan, pantai

Gambar hiasanKOTA KINABALU, 16 September – Angin kencang yang sedang melanda Sabah...

Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat taufan Yagi di Asia Tenggara – Unicef
Nasional

Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat taufan Yagi di Asia Tenggara – Unicef

Pengarah Serantau UNICEF bagi Asia Timur dan Pasifik, June Kunugi berkata kanak-kanak...

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas
Nasional

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas

Foto AFPPUTRAJAYA, 19 September- Kementerian Luar sedang memantau situasi di Lubnan susulan...