Sunday , 22 December 2024
Home Nasional PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Nasional

PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025

PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025

Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 September- Setiap kementerian perlu melakukan persediaan yang mantap dan menyeluruh memandangkan hanya berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di laman Facebooknya berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di Putrajaya.

Laos akan menyerahkan jawatan itu pada Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober ini.

Sebelum ini, Malaysia pernah memegang jawatan Pengerusi ASEAN sebanyak empat kali iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...