Home Nasional Banjir: 11 keluarga terjejas di Perlis
Nasional

Banjir: 11 keluarga terjejas di Perlis

Banjir: 11 keluarga terjejas di Perlis

Foto APM Perlis

KANGAR, 18 September- Banjir di Perlis menyebabkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi; melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sena, Kangar dan PPS SK Arau, Perlis.

Pengarah JKM Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa dalam kemaskini terkini memaklumkan, 42 penduduk daripada 11 keluarga telah ditempatkan di kedua-dua PPS, setakat pada pukul 8.00 pagi tadi.

\”PPS SK Arau mencatat penduduk paling ramai terjejas iaitu 29 penduduk daripada tujuh keluarga dari Kampung Titi Besi.

\”Penduduk yang ditempatkan di PPS SK Sena dari sekitar Kampung Tok Kandang melibatkan 13 penduduk daripada empat keluarga \” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, lebih ramai penduduk dijangka ditempatkan di PPS berkenaan berikutan hujan lebat yang sedang melanda Perlis ketika ini, selain tambahan PPS akan diaktifkan berikutan beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air.

Terdahulu, hujan lebat selama beberapa hari sejak Isnin lalu telah menyebabkan banjir melanda negeri itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

  • Banjir: Dua PPS dibuka di Perlis

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....