Home Nasional Malaysia bakal bawa pelaburan baharu dalam sektor halal dari China
Nasional

Malaysia bakal bawa pelaburan baharu dalam sektor halal dari China

Malaysia bakal bawa pelaburan baharu dalam sektor halal dari China

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid selepas sesi Dialog Gerbang Halal Malaysia-China di Shanghai anjuran Halal Development Corporation Berhad (HDC) dan dengan kerjasama China Silk Road Group Ltd/Foto FB Zahid Hamidi

SHANGHAI, 10 September– Malaysia dijangka berpotensi menerima pelaburan baharu dari China dalam industri halal melalui Forum Perniagaan Halal Malaysia-China yang diadakan di bandar raya ini.

Komitmen berkenaan, dijangka diperoleh hasil rundingan meja bulat antara pemain industri halal China dan delegasi Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengetuai delegasi Malaysia dalam rundingan meja bulat berkata cabaran utama yang dihadapi China, adalah pengiktirafan sijil halal.

Sehubungan itu, katanya sesi tersebut merupakan platform ideal, meneroka penyelesaian, memperkemas proses pensijilan untuk pengeksport China serta meningkatkan kerjasama Malaysia dan China.

\”Saya memahami bahawa pemain industri China sering menghadapi peraturan yang kompleks dan halangan akses pasaran, yang kadang-kadang boleh menghadkan potensi penuh eksport halal. Namun dengan kerjasama yang tepat, cabaran-cabaran ini boleh diubah menjadi peluang.

“Malaysia telah membangunkan sistem pensijilan halal yang sangat dihormati. Dari semasa ke semasa, kita telah berkembang menjadi pihak berkuasa yang terkemuka dengan sistem pensijilan komprehensif yang diiktiraf di seluruh dunia,” katanya ketika berucap semasa Sesi Meja Bulat Halal di forum berkenaan hari ini.

Ahmad Zahid berkata walaupun banyak negara mengiktiraf logo halal, tetapi usaha untuk menyelaraskan standard dan melancarkan aliran perdagangan kini masih dalam proses.

\”Malaysia pada masa ini mengiktiraf 88 badan pensijilan halal di seluruh dunia, termasuk enam dari China.

\”Kita akan memastikan produk-produk China memenuhi piawaian halal Malaysia dengan cekap dan memudahkan akses ke pasaran lain yang mengiktiraf pensijilan Malaysia,\” katanya.

Forum Perniagaan Halal Malaysia-China anjuran Halal Development Corporation Bhd (HDC), menampilkan lebih 30 pemain industri halal dari kedua-dua negara.

Delegasi Malaysia disertai Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC Hairol Ariffein Sahari.

China disenaraikan antara dua destinasi teratas untuk eksport halal Malaysia berdasarkan eksport bernilai RM6.25 bilion (US$1.4 bilion) dalam sektor perdagangan halal setakat Julai 2024 merangkumi bahan-bahan halal, makanan dan minuman, derivatif minyak sawit, bahan kimia industri, kosmetik dan farmaseutikal.

Related Articles

Pemukiman Jemaah Menteri diadakan tidak lama lagi
Nasional

Pemukiman Jemaah Menteri diadakan tidak lama lagi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAPUTRAJAYA, 3 Januari– Sesi pemukiman Jemaah...

Hujan berterusan dijangka di empat negeri bermula esok hingga 6 Januari
Nasional

Hujan berterusan dijangka di empat negeri bermula esok hingga 6 Januari

Foto hiasanPETALING JAYA, 3 Januari– Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran...

MAIPs senarai 6 fokus utama bantu asnaf
Nasional

MAIPs senarai 6 fokus utama bantu asnaf

FOTO ISTANA ARAUCHUPING, 3 Januari- Pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat...

Gempa bumi kuat di sempadan Chile-Bolivia
Nasional

Gempa bumi kuat di sempadan Chile-Bolivia

Foto Facebook MET MalaysiaPETALING JAYA, 3 Januari– Gempa bumi kuat berukuran 6.1...