Friday , 20 September 2024
Home Nasional Penularan Mpox: KKM tiada cadangan laksana PKP
Nasional

Penularan Mpox: KKM tiada cadangan laksana PKP

Penularan Mpox: KKM tiada cadangan laksana PKP

Dzulkefly (tengah) merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh/ Foto KKM

SUNGAI BULOH, 10 September – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bercadang melaksanakan sebarang sekatan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan cacar monyet (Mpox) sepertimana dilakukan sewaktu jangkitan COVID-19 kira-kira empat tahun lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata keputusan itu dibuat selepas ujian saringan terhadap 6.2 juta pengembara yang masuk ke negara ini mendapati kesemuanya negatif.

“Saya sebagai menteri kerap diasak untuk meningkatkan prosedur operasi standard (SOP). Insya-Allah, jangan risau tidak akan ada PKP seperti ketika era pandemik COVID-19, namun saya juga mahu ingatkan supaya kita jangan terlalu selesa kerana kita tahu transisi (jangkitan) virus ini,” Katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh.

Dzulkefly pada masa sama berharap orang ramai tidak mengambil mudah mengenai jangkitan Mpox. Masyarakat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.

Tambah beliau, pihak KKM sedang melaksanakan proses pemerolehan antiviral Mpox dengan keutamaan diberikan kepada golongan rentan serta imuniti rendah sekiranya perlu bagi mengelakkan penularan virus berkenaan.

Related Articles

Industri halal menyumbang ekonomi negara
Nasional

Industri halal menyumbang ekonomi negara

Mohd Na’im Mokhtar/ Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 19 September-Perjalanan selama 50 tahun dalam...

Amaran angin kencang bahaya kepada aktiviti perkapalan, pantai
Nasional

Amaran angin kencang bahaya kepada aktiviti perkapalan, pantai

Gambar hiasanKOTA KINABALU, 16 September – Angin kencang yang sedang melanda Sabah...

Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat taufan Yagi di Asia Tenggara – Unicef
Nasional

Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat taufan Yagi di Asia Tenggara – Unicef

Pengarah Serantau UNICEF bagi Asia Timur dan Pasifik, June Kunugi berkata kanak-kanak...

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas
Nasional

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas

Foto AFPPUTRAJAYA, 19 September- Kementerian Luar sedang memantau situasi di Lubnan susulan...