Home Nasional Ahmad Zahid tiba di Shanghai, hadiri Forum Perniagaan Halal Malaysia-China
Nasional

Ahmad Zahid tiba di Shanghai, hadiri Forum Perniagaan Halal Malaysia-China

Ahmad Zahid tiba di Shanghai, hadiri Forum Perniagaan Halal Malaysia-China

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meneruskan lawatan kerja di Shanghai/Foto BERNAMA

SHANGHAI, 10 September – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba tengah malam tadi, bagi meneruskan lawatan kerja di China.

Antara yang menyambut ketibaan beliau, ahli parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Keberadaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid di Shanghai bagi menghadiri Forum Perniagaan Halal Malaysia-China yang dianjurkan Halal Development Corporation (HDC), bermula hari ini.

Forum tersebut bakal dihadiri pemain industri halal Malaysia-China, sekali gus membuka ruang kerjasama perniagaan antara mereka.

Timbalan Perdana Menteri kemudiannya akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Mara Aerospace and Technologies Sdn Bhd dengan Honeycomb Aerospace Technologies (Beijing) Co Ltd dalam bidang penerbangan.

Terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mewakili Malaysia dalam Persidangan Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global 2024 di Lianyungan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....