Saturday , 21 December 2024
Home Nasional Pihak berkepentingan pelancongan diminta tingkatkan usaha jayakan VM2026
Nasional

Pihak berkepentingan pelancongan diminta tingkatkan usaha jayakan VM2026

Pihak berkepentingan pelancongan diminta tingkatkan usaha jayakan VM2026

Tuanku Syed Faizuddin Putra pada Persidangan Proposed ASEAN China Heritage Dimension of National Arts (DNA) Initiative 2024, di sini malam tadi/ Foto: Jabatan Penerangan Perlis

KANGAR, 10 September- Pihak berkepentingan dalam industri pelancongan diminta untuk meningkatkan usaha menjayakan kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah perkara itu penting, dalam usaha mempertingkatkan ekonomi Malaysia dan menjadikan negara sebagai destinasi pelancongan utama dunia.

“Dengan pelaksanaan Tahun Melawat Perlis 2024-2025, kami memulakan perjalanan yang penting menandakan langkah awal menuju Tahun Melawat Malaysia 2026,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah sedemikian kepada menyempurnakan perasmian Persidangan Proposed ASEAN China Heritage Dimension of National Arts (DNA) Initiative 2024, di sini malam tadi.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah dengan rasa gembira dan bangga, baginda meletakkan tanggungjawab untuk memperkenalkan keindahan bumi Perlis di Utara Malaysia yang aman damai dan penuh dengan keajaiban tersembunyi, pada pihak yang berkemampuan iaitu DNA Warisan ASEAN China.

“Terokai Perlis untuk menikmati keindahan Perlis yang menawan dengan melawat Perkampungan Nelayan yang penuh warna-warni di Seberang Ramai Kuala Perlis, Muzium Marhum Kota Kayang, Batik Inderawasih dan nikmati pelbagai hidangan makanan Perlis yang lazat di restoran dan kafe kami yang menarik,” titah baginda.

Persidangan itu dari 8 hingga 14 September di sini, melibatkan penyertaan peserta Indonesia, Vietnam, Laos, Brunei, Thailand, Myanmar, Filipina, Kemboja, Singapura dan China.- BERNAMA

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...