Home Nasional Pencemaran bau, tiga sekolah laksana PDPR
Nasional

Pencemaran bau, tiga sekolah laksana PDPR

Pencemaran bau, tiga sekolah laksana PDPR

Susulan pencemaran bau, tiga sekolah di Johor Bahru laksana sesi PdPR/Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 10 September – Tiga sekolah di daerah ini melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) hari ini susulan pencemaran bau.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya serta dua sekolah swasta iaitu Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Beliau berkata SK Kampung Maju Jaya melibatkan 974 murid dan 64 guru, Sekolah Rendah Islam Hidayah 1,232 murid dan 92 guru manakala Sekolah Menengah Islam Hidayah (807 pelajar, 75 guru).

\”Setakat ini (PdPR) hari ini sahaja dahulu, (lanjutan tempoh) bergantung kepada situasi dan laporan semasa,\” katanya ketika dihubungi.

Semalam, SK Kampung Maju Jaya ditutup susulan 27 murid mengalami gejala pening dan muntah-muntah dipercayai akibat pencemaran bau yang berlaku di Kampung Maju Jaya dan Kampung Tawakal.

Dilaporkan kesemua murid terbabit menerima rawatan awal di sekolah berkenaan oleh doktor dan jururawat dari sebuah klinik kesihatan, dengan hanya seorang dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dilapor berkata pihaknya mahu Polis Diraja Malaysia dan agensi berkaitan menjalankan siasatan bagi menangani isu pencemaran dengan sebaik mungkin. – BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....