Friday , 20 September 2024
Home Nasional DVS nafi keluarkan SKV bagi eksport produk makanan laut ke Turkiye
Nasional

DVS nafi keluarkan SKV bagi eksport produk makanan laut ke Turkiye

DVS nafi keluarkan SKV bagi eksport  produk makanan laut ke Turkiye

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 10 September– Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) nafi mengeluarkan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) bagi produk makanan laut yang dieksport ke Turkiye.

Ia susulan pemakluman daripada pihak berkuasa Turkiye kepada jabatan itu mengenai dokumen SKV yang menggunakan nama dan cap DVS mengiringi produk makanan laut ke Turkiye.

\”Perlu dijelaskan bahawa peruntukan kuasa di bawah Akta Binatang 1953 tidak merangkumi produk makanan laut. Oleh itu, DVS tidak mengeluarkan SKV bagi produk ini dan adalah menjadi tanggungjawab pengeksport untuk mendapatkan sijil kesihatan daripada pihak berkuasa berkaitan,\” menurut DVS dalam kenyataan hari ini.

Memandang serius perkara itu, DVS menjelaskan pemalsuan dokumen SKV boleh memberi implikasi negatif kepada reputasi jabatan, negara dan hubungan dagangan antarabangsa serta menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyalahgunakan nama dan cap jabatan.

Mana-mana individu yang melakukan pemalsuan atau membuat dokumen palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 463 atau 464 Kanun Keseksaan (Akta 574). – BERNAMA

Related Articles

Industri halal menyumbang ekonomi negara
Nasional

Industri halal menyumbang ekonomi negara

Mohd Na’im Mokhtar/ Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 19 September-Perjalanan selama 50 tahun dalam...

Amaran angin kencang bahaya kepada aktiviti perkapalan, pantai
Nasional

Amaran angin kencang bahaya kepada aktiviti perkapalan, pantai

Gambar hiasanKOTA KINABALU, 16 September – Angin kencang yang sedang melanda Sabah...

Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat taufan Yagi di Asia Tenggara – Unicef
Nasional

Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat taufan Yagi di Asia Tenggara – Unicef

Pengarah Serantau UNICEF bagi Asia Timur dan Pasifik, June Kunugi berkata kanak-kanak...

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas
Nasional

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas

Foto AFPPUTRAJAYA, 19 September- Kementerian Luar sedang memantau situasi di Lubnan susulan...