Wednesday , 13 November 2024
Home Nasional 634 pelajar cemerlang terima hadiah Yayasan Terengganu
Nasional

634 pelajar cemerlang terima hadiah Yayasan Terengganu

634 pelajar cemerlang terima hadiah Yayasan Terengganu

Antara pelajar cemerlang yang menerima Pingat Emas Yayasan Terengganu hari ini

KUALA TERENGGANU – Seramai 634 pelajar anak Terengganu yang mencapai keputusan cemerlang di peringkat institusi pengajian tinggi telah menerima hadiah kecemerlangan daripada Yayasan Terengganu.

Empat daripada mereka dianugerahkan Pingat Emas Yayasan Terengganu, seorang menerima Anugerah Khas, manakala dua lagi menerima anugerah pelajar terbaik bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Dua penerima Anugerah Pingat Emas ialah penuntut dari Universiti Teknologi Petronas (UTP), masing-masing dalam bidang Sains Komputer dan Kejuruteraan Mekanikal.

Setiap penerima membawa pulang medal pingat emas dan wang tunai sebanyak RM4,000.

\”Saya bersyukur dan sangat gembira kerana terpilih antara ramai pelajar untuk menerima anugerah ini. Ini pencapaian tertinggi saya setakat ini dengan keputusan 9A+ dalam SPM dan CGPA 3.96 dalam asasi,\” kata salah seorang penerima Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu, Nur Khalidah Adilah Mohammad.

Seorang lagi penerima, Wan Ahmad Syakir Alwi Wan Mohd Radzi, berkata, \”Usaha adalah kunci kejayaan, dan setiap individu perlu mencari cara unik mereka sendiri untuk berjaya, walaupun mungkin bermula dengan mencontohi orang lain.\”

Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir Dr. Samsuri Mokhtar, dalam Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2023 yang diadakan buat kali ke-43.

Majlis itu turut menyaksikan penyampaian anugerah kecemerlangan kepada pelajar SPM, STPM, dan STAM.

Keseluruhan peruntukan bagi hadiah kecemerlangan tersebut berjumlah RM321,300.

Related Articles

PM terima anugerah tertinggi Peru sempena lawatan rasmi ke Amerika Latin
Nasional

PM terima anugerah tertinggi Peru sempena lawatan rasmi ke Amerika Latin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima anugerah tertinggi Republik Peru,...

Forum Presiden perkasa transformasi pendidikan tinggi negara
Nasional

Forum Presiden perkasa transformasi pendidikan tinggi negara

Dr. Zambry (depan, tengah) bergambar kenangan bersama ahli Forum Presiden MQAIC 2024...

Nasional

Sarawak sedia wang saku pelajar di IPT; Manfaat 25 ribu pelajar

Foto / BernamaKUCHING, 12 November – Bermula tahun depan, anak Sarawak yang...

Kad Pengenalan mekanisme subsidi RON95 antara tumpuan Dewan Rakyat
Nasional

Kad Pengenalan mekanisme subsidi RON95 antara tumpuan Dewan Rakyat

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 12 November– Mekanisme penggunaan Kad Pengenalan untuk pengesahan kelayakan...