Home Nasional MOT timbang pindaan undang-undang AV
Nasional

MOT timbang pindaan undang-undang AV

MOT timbang pindaan undang-undang AV

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke / Foto Bernama

CYBERJAYA, 9 September – Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mempertimbangkan rangka kerja bagi meminda undang-undang baharu untuk mengawal selia pengoperasian kenderaan autonomi (AV) di jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pada masa ini, tiada undang-undang khusus bagi mengawal AV, termasuk Autonomous Rapid Transit (ART).

“Beberapa pindaan diperlukan, termasuk aspek perlesenan pemandu.

\”Kita juga mempunyai jawatankuasa yang mengendalikan isu kenderaan autonomi dan pihak yang telah diberi kelulusan untuk menjalankan projek perintis (PoC) ini agar boleh memberikan pandangan mengenai jenis perundangan atau pindaan yang diperlukan dan Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia untuk membantu dalam perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan demonstrasi penggunaan 5G pada sebuah bas autonomi, di sini yang turut dihadiri Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Demonstrasi tersebut bertujuan meningkatkan pengalaman pengguna dan keselamatan pada bas autonomi yang kini sedang dalam fasa ujian.

Related Articles

1,279 calon duduki peperiksaan SPM di Labuan
Nasional

1,279 calon duduki peperiksaan SPM di Labuan

FOTO HIASAN / BERNAMALABUAN, 2 Januari- Seramai 1,279 calon menduduki peperiksaan Sijil...

SPM : 18,612 calon duduki peperiksaan di Terengganu
Nasional

SPM : 18,612 calon duduki peperiksaan di Terengganu

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong memberi kata-kata semngat kepada...

SPM : Dua pusat peperiksaan di Kelantan dilanda banjir, namun berjalan lancar
Nasional

SPM : Dua pusat peperiksaan di Kelantan dilanda banjir, namun berjalan lancar

Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz membantu salah seorang calon SPM di Sekolah...

Banjir empat negeri, 433 orang terjejas
Nasional

Banjir empat negeri, 433 orang terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 2 Januari- Seramai 433 penduduk daripada 94 keluarga terjejas...