Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Bilangan PMKS berkurangan pada 2023, beralih jadi pemain besar
Perniagaan

Bilangan PMKS berkurangan pada 2023, beralih jadi pemain besar

Bilangan PMKS berkurangan pada 2023, beralih jadi pemain besar

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 5 September – Inisiatif kerajaan dalam membangunkan atau \’scale-up\’ Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sepanjang tahun telah membuktikan keberkesanannya.

Ia selepas bilangan PMKS berkurangan pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya yang sebahagian disebabkan peralihan PMKS menjadi pemain besar.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 1,101,725 PMKS direkodkan pada 2023 berbanding 1,173,601 PMKS pada 2022.

\”Perusahaan mikro meliputi 69.7 peratus daripada jumlah pertubuhan PMKS pada tahun 2023, firma bersaiz kecil mencakupi 28.5 peratus manakala firma bersaiz sederhana membentuk baki 1.8 peratus,\” kata Ahmad Zahid.

Kenyataan dikeluarkan selepas Ahmad Zahid mempengerusikan Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) Bilangan 2 Tahun 2024 di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan, Menteri dan Timbalan Menteri Wilayah Sabah dan Sarawak, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar dan pegawai kanan kementerian.

Beliau berkata, kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan cabaran dalam mengekalkan bakat dikenal pasti sebagai isu kritikal menyebabkan kedudukan Malaysia dalam WCR berkurangan tahun ini.

Isu kritikal tersebut memberi impak langsung kepada kecekapan PMKS dalam memenuhi piawaian antarabangsa.

\”Penambahbaikan lain termasuk menjalin hubungan strategik dengan Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) untuk terus mendapatkan pandangan dan bimbingan dalam memperbaiki kedudukan daya saing Malaysia,\” katanya.

Selain itu, analisis mikro secara berterusan dilaksanakan keatas petunjuk daya saing bagi mengenal pasti kelemahan yang boleh diperbaiki secara lebih terperinci.

Malaysia berada di kedudukan ke-34 daripada 67 negara dalam WCR 2024 dan keempat dalam kalangan negara ASEAN selepas Singapura, Thailand serta Indonesia.

Malaysia jatuh tujuh anak tangga daripada kedudukan ke-27 yang dicatatkan pada tahun lalu.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...