Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan Aktiviti ekonomi, pasaran kerja sokong pertumbuhan KDNK
Perniagaan

Aktiviti ekonomi, pasaran kerja sokong pertumbuhan KDNK

Aktiviti ekonomi,  pasaran kerja sokong pertumbuhan KDNK

Foto FB Fadillah Yusof

SUBANG JAYA, 8 September-Malaysia mencatatkan peningkatan 5.9 peratus pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding suku kedua tahun lepas 4.2 peratus.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pertumbuhan itu disokong oleh aktiviti ekonomi dan keadaan pasaran pekerja yang terus pulih.

\”Jadi ini menunjukkan kekuatan ekonomi kita, pelabur pun telah mula datang..daripada segi pekerjaan meningkat, ratusan ribu..inflasi kekal rendah.

\”Ini merupakan ciri-ciri yang amat baik sekali untuk kita menuju sebagai sebuah negara yang terus membangun daripada sudut ekonomi.

\”Kita berharap dapat memberi tumpuan dengan kestabilan politik yang wujud ini untuk terus membangun dan meningkatkan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya,\” katanya kepada media selepas merasmikanlarian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024 di sini.

Terdahulu,Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan perasaan sukacita dengan keadaan ekonomi dan prestasi perdagangan negara yang bertambah baik serta menunjukkan peningkatan.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...