Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Belanjawan 2025: Sektor perbankan yakin kerajaan sokong B40, SME
Perniagaan

Belanjawan 2025: Sektor perbankan yakin kerajaan sokong B40, SME

Belanjawan 2025: Sektor perbankan yakin kerajaan sokong B40, SME

Gambar hiasan/Foto Livevartha

PASIR MAS, 8 September – Bank Simpanan Nasional (BSN) yakin kerajaan akan terus memberikan bantuan kepada golongan B40 serta peniaga kecil dan sederhana (SME) dalam Belanjawan 2025.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata pelbagai inisiatif diberikan kerajaan dalam Belanjawan 2024.

Katanya, ini dengan peranan BSN dalam menyalurkan bantuan kepada peniaga kecil dan sederhana, yang mana BSN kini menguasai 60 peratus segmen Pembiayaan Mikro SME.

Selain itu, BSN juga dilantik sebagai ejen untuk pengagihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

\”Saya yakin kerajaan akan terus membantu golongan B40 dan peniaga kecil, seperti yang telah dilakukan menerusi pelbagai inisiatif sebelum ini, termasuk BSN sebagai ejen pengagihan bantuan,\” kata beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya sedang memperkemaskan gerak kerja terutama di peringkat barisan hadapan, bagi memastikan pembiayaan yang diberikan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima.

Dalam perkembangan lain, Awang turut menyatakan hasrat BSN untuk mendekati komuniti Orang Asli dalam usaha memupuk kesedaran tentang kepentingan menyimpan di institusi kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...